Tentang

PENGUMUMAN! Untuk pembelian komik selepas tarikh 25hb Januari 2017. Penghantaran komik akan dilakukan selepas Cuti Sambutan Tahun Baru Cina iaitu pada 1 Februari 2017. Harap Maklum.


WALAWEI APA BENDE NI WEI?

Walawei adalah satu entiti yang dimiliki oleh Matkomik Creative Solution (002528013-K). Kewujudan laman walawei.com adalah bertujuan memudahkan peminat komik tempatan untuk mendapatkan komik terbaru dan terkini dari pelukis komik yang diminati.

Walawei.com merupakan Kedai Online yang dikhaskan untuk Komik sahaja. Dengan menggunakan setiap teknologi terkini yang ada ia akan memudahkan para pembeli dan peminat komik tempatan untuk membeli komik secara online.

Kebanyakan komik yang disini adalah terbitan / cetakan pelukis komik itu sendiri yang mana kita gelar 'Zine'. Dengan cara ini dapatlah pelukis komik tersebut meraih pendapatan dari komik yang dihasilkan. Adapun mereka boleh jual dimedia sosial masing-masing tetapi dengan adanya kedai online yang dibuat khas ini akan lebih memudahkan peminat pergi ke satu tempat sahaja untuk membeli karya komik tempatan.

Untuk pengetahuan laman ini masih dalam peringkat ujian, yang mana team Walawei pun kecil lagi tetapi kami mempunyai impian yang besar bagi membantu industri / bidang komik tempatan. Harap dapat sokongan dari anda semua. Terima kasih Weiii...!! ^^