Soalan Lazim (FAQ)

PENGUMUMAN! Untuk pembelian komik selepas tarikh 25hb Januari 2017. Penghantaran komik akan dilakukan selepas Cuti Sambutan Tahun Baru Cina iaitu pada 1 Februari 2017. Harap Maklum.


INI SOALAN-SOALAN YANG BIASA DITANYA WEI!

  • Apakah fungsi laman web walawei.com?
    Laman web www.walawei.com berfungsi untuk membolehkan pembeli dan peminat Komik Malaysia mendapatkan komik dari pelukis kegemaran mereka secara ONLINE dengan mudah dan cepat tanpa perlu ke kedai komik.
  • Bagaimanakah pembelian ONLINE di Walawei ini berfungsi?
    Laman web www.walawei.com akan bertindak seperti jurujual dan pembeli boleh memilih komik yang diminati, memasukkan nama dan alamat untuk proses penerimaan buku dan kemudian membuat pembayaran. Kesemua maklumat pembelian akan diproses oleh Walawei dalam kadar segera dan kemudian komik akan dihantar kepada pembeli menggunakan Pos Malaysia. Tutorial membeli komik boleh dibaca di http://www.walawei.com/p/beli.html
  • Berapa lama masa yang diambil untuk Walawei menghantar komik yang dibeli?
    Masa memproses sesuatu pembelian biasanya mengambil masa 24 jam selepas pengesahan pembayaran dan buku akan dihantar menggunakan Pos Malaysia yang biasanya mengambil masa seperti berikut: Pos Laju (tempoh masa penghantaran 1 hingga 5 hari berkerja).

    Selepas membuat penghantaran, pihak Walawei akan menghantar email atau Whatsapp yang mengandungi no. tracking kepada pelanggan biasanya dalam masa 24 jam selepas penghantaran dibuat. Status terkini penghantaran boleh dirujuk di website Pos Laju dengan menggunakan no tracking yang dibekalkan. Rujuk http://www.pos.com.my
  • Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya komik yang saya dapat dalam keadaan tidak sempurna?
    Komik yang dibeli daripada Walawei biasanya akan sampai dalam keadaan yang sangat baik. Namun sekiranya berlaku kejadian buku yang sampai ke tangan pembeli dalam keadaan yang tidak memuaskan, sila hubungi Walawei (Email / Whatsapp) untuk tujuan pemulangan komik yang tidak sempurna tadi dan Walawei akan menghantar komik baru kepada anda tanpa sebarang kos tambahan.
  • Apa yang perlu saya lakukan sekiranya saya tidak menerima komik yang saya beli?
    Sila maklumkan kepada Walawei sekiranya anda tidak menerima komik yang dibeli dalam tempoh 2 minggu selepas pembayaran dilakukan. Kami akan menyemak maklumat anda dalam kadar segera sama ada ianya disebabkan oleh kecuaian Walawei atau kelewatan oleh Pos Malaysia.
  • Apakah kelebihan membeli komik secara ONLINE melalui walawei.com berbanding membeli di kedai komik biasa?
    Untuk pengetahuan kebanyakkan komik yang ada disini tidak akan jual di kedai biasa. Ini adalah kerana komik ini adalah terbitan pelukis komik itu sendiri. Dengan membeli komik disini anda membantu pelukis komik untuk terus berkarya lagi.
  • Berapakah kos penghantaran komik-komik yang dibeli di walawei.com?
    Kos penghantaran komik-komik yang dibeli di walawei.com adalah berdasarkan kepada kos yang digunakan oleh perkhidmatan Pos Malaysia. Sila layari pautan berikut untuk maklumat lanjut : http://www.pos.com.my/
  • Saya memilih untuk membuat pembayaran secara Bank-in manual di mesin ATM. Masalah saya ialah mesin ATM tidak menerima duit kecil (seperti duit syiling dan wang kertas RM1, RM5) menyebabkan saya tidak dapat memasukkan jumlah yang tepat. Sekiranya saya membuat pembayaran terlebih, adakah pihak Walawei akan memulangkan baki bayaran saya?
    Kami ialah tidak memulangkan baki kepada para pelanggan bagi kes ini. Kami juga dinasihatkan oleh pihak POS LAJU supaya tidak memasukkan duit dalam bungkusan berserta dengan komik. Kami mengesyorkan para pelanggan untuk menggunakan kaedah bank-in secara online. Kami juga menyesyorkan para pelanggan yang buat pembayaran menggunakan mesin ATM supaya menggenapkan jumlah pesanan supaya tidak berlaku masalah ini. Sekiranya ia masih tidak dapat dielakkan, duit baki pembayaran para pelanggan boleh digunakan untuk membuat pembelian yang seterusnya.
  • Jika ada permasalahan serta persoalan selain diatas ini. Boleh terus hubungi melalui Email: hey@walawei.com atau Whatapp: 0177269703